AGENDA

Tanaman padi Smart SBB Ala Sekinchan diperluas ke seluruh negara

3 Jan 2024, 8:11 AM
Tanaman padi Smart SBB Ala Sekinchan diperluas ke seluruh negara

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melipatgandakan usaha serta memperluaskan penanaman padi di bawah Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan, termasuk di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata penanaman padi secara besar-besaran di seluruh negara, akan dapat menampung keperluan beras tempatan terutama bagi negeri yang terjejas dengan perubahan iklim.

Program Smart SBB Ala Sekinchan yang dilaksanakan KPKM itu, memberi penumpuan kepada model dan amalan pertanian baik sebagaimana yang dilaksakan pesawah di Sekinchan, Selangor.

Selain berupaya menambah pendapatan golongan pesawah menerusi peningkatan hasil padi, program itu juga disasarkan untuk membantu menghentikan kebergantungan negara terhadap beras import dalam tempoh dua tahun.

Program Smart SBB Ala Sekinchan yang kini sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan hampir 10,000 pesawah dengan keluasan lebih 26,000 hektar.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619