AGENSI

Tiada lagi bil fizikal, semak kadar cukai tanah dalam talian

2 Jan 2024, 4:56 AM
Tiada lagi bil fizikal, semak kadar cukai tanah dalam talian

SHAH ALAM, 2 JAN: Bermula tahun ini, pentadbiran tanah negeri menetapkan tiada lagi pengeposan bil cukai tanah dan cukai petak kepada pemilik hartanah di Selangor.

Sebaliknya, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor memaklumkan pemilik perlu mengimbas kod QR yang disertakan antaranya di media sosial bagi memperoleh bil secara dalam talian.

"Pengguna boleh mendaftar dengan memasukkan no akaun, ID atau butiran hak milik. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan hasilptg@selangor.gov.my," katanya di Facebook.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian poster, agensi berkenaan turut mengingatkan pengguna membayar cukai berkaitan sebelum 31 Mei setiap tahun dengan merujuk ehasil.selangor.gov.my.

Katanya, tanah atau petak dengan tunggakan cukai boleh dikenakan tindakan perampasan tanah bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 dan dan Seksyen 23L Akta Hakmilik Strata 1985.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619