AGENDA

Jepun rekod 29 gempa bumi dalam 2 jam

1 Jan 2024, 1:45 PM
Jepun rekod 29 gempa bumi dalam 2 jam

TOKYO, 1 JAN: Sebanyak 29 gempa bumi dengan magnitud maksimum 7.6 berlaku di wilayah Ishikawa dan Niigata di Jepun dalam tempoh dua jam pada Isnin, menurut data yang dianalisis oleh Sputnik.

Gegaran bawah tanah bermula pada pukul 4.06 petang waktu tempatan (07:06 GMT).

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi berkata sekurang-kurangnya enam rumah telah runtuh akibat aktiviti seismik.

"Setakat ini, enam bangunan telah runtuh dengan kemungkinan ada mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan," kata Hayashi.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak memiliki sebarang maklumat mengenai penduduk yang cedera.

Apabila diminta mengulas laporan media Jepun mengenai runtuhan kira-kira 100 bangunan, Hayashi berkata kerajaan Jepun sedang mengesahkan maklumat berkenaan.

- BERNAMA-SPUTNIK

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619