AGENDA

Tingkat pemahaman rakyat terhadap program kebajikan, pastikan semua dapat manfaat

1 Jan 2024, 7:06 AM
Tingkat pemahaman rakyat terhadap program kebajikan, pastikan semua dapat manfaat
Tingkat pemahaman rakyat terhadap program kebajikan, pastikan semua dapat manfaat
Tingkat pemahaman rakyat terhadap program kebajikan, pastikan semua dapat manfaat

GOMBAK, 1 JAN: Kerajaan Negeri akan meningkatkan usaha memberi penerangan dan pemahaman kepada rakyat terhadap program kebajikan agar lebih ramai mendapat manfaat.

Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tumpuan turut diberikan kepada pelaksanaan semua projek yang dirancang bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

[caption id="attachment_621389" align="aligncenter" width="727"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada Media Selangor selepas Program Edaran Kalendar Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua di Pasar Pagi Selayang, Gombak pada 1 Januari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya ingin menyempurnakan tugas dan perancangan yang telah disusun sejak beberapa tahun lalu sebagai contoh memulakan pembinaan semula Stadium Shah Alam.

“Selain itu, fokus saya juga melaksanakan program peningkatan ekonomi seperti projek Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) dan Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS).

“Kerajaan Negeri juga akan meningkatkan penerangan dan pemahaman rakyat terhadap program-program kebajikan yang disediakan untuk memastikan rakyat mendapat manfaat sebanyak mungkin,” katanya ketika ditemui pada program edaran kalendar 2024 di Pasar Selayang Baru, hari ini.

[caption id="attachment_621360" align="aligncenter" width="735"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengedarkan kalendar pada Program Edaran Kalendar Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua di pasar pagi Selayang, Gombak pada 1 Januari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan Selangor mengutip hasil RM2.7 bilion setakat 31 Disember sekali gus melebihi sasaran yang ditetapkan.

Dato’ Menteri Besar berkata ekonomi negeri berkembang baik melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) susulan pelaksanaan projek SABDA.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, projek lain termasuklah IDRISS dan Gerbang Maritim Selangor (SMG) dan pelabuhan Pulau Carey.

Dalam pada itu, beliau berkata rakyat negeri ini menikmati pelbagai manfaat melalui program kebajikan yang diperkenal bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) termasuk Jelajah Ehsan Rahmah yang memberi peluang kepada mereka memiliki barangan asas dengan murah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619