ad
BUDAYA

Derita yang asyik

31 Dis 2023, 12:30 AM
Derita yang asyik

Merdeka adalah kata-kata

kebebasan itu cinta;

berani mengungkap.

Derita ini menjadi asyik

melihat sepi berkerja,

bara menjadi kagum

membakar rentung sebuah perseteruan.

Pagi adalah musuh

yang menghapus masa

tentang khabar buruk.

Jangan percaya matahari rembang

kedustaan tidak hanya pada

kekalutan cuaca apalagi iklim.

Dalam waktu paling menekan

kiri dan kanan banyaknya lawan

kepallah tangan yang segenggam

menjadi seutuh gunung.

Dalam teriak yang kencang

senada kita laung; setiakawan!

Kawan: sekali lagi,

kiri dan kanan banyaknya lawan

majulah menyerbu walau

tak bergenderang-berpalu.

Merdekalah dengan cinta

merdekalah kata-kata.

 

Arafat Hambali

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.