AGENSI

Majlis Darul Ehsan Berselawat Ahad ini, orang ramai dijemput hadir

29 Dis 2023, 1:00 AM
Majlis Darul Ehsan Berselawat Ahad ini, orang ramai dijemput hadir
Majlis Darul Ehsan Berselawat Ahad ini, orang ramai dijemput hadir
Majlis Darul Ehsan Berselawat Ahad ini, orang ramai dijemput hadir

SHAH ALAM, 29 DIS: Orang ramai dijemput menghadiri Majlis Darul Ehsan Berselawat di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember, bermula jam 2 petang.

Program sempena sambutan ambang tahun baharu itu bakal disempurnakan oleh Dato Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Majlis itu juga menampilkan tokoh Islam seperti Habib Jindan Novel, Habib Ali Zainal Abiin Assegaf dan Habib Nael Ben Taher, yang dijadual memimpin alunan qasidah.

Turut diadakan pada majlis munajat, zikir dan berselawat itu adalah bacaan Doa Untuk Palestin selain reruai pameran oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Pertandingan mewarna kanak-kanak serta gerai jualan keusahawanan juga disediakan kepada pengunjung. Orang ramai digalakkan membawa sejadah dan tikar serta memakai pelitup muka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619