ad
AGENDA

KPKT umum tambahan RM100,000 bina tandas baharu di pasar Seri Kembangan

28 Dis 2023, 6:58 AM
KPKT umum tambahan RM100,000 bina tandas baharu di pasar Seri Kembangan

SUBANG JAYA, 28 DIS: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan tambahan RM100,000 bagi membina tandas awam baharu di Pasar Bazar Rakyat, Seri Kembangan di sini.

Sebelum ini, kementerian itu meluluskan RM300,000 untuk menaik taraf pasar berkenaan melibatkan kerja mengecat dinding, membaik pulih kerangka dan pintu besi serta menyelenggara longkang.

Menterinya Nga Kor Ming berharap tandas baharu pasar itu dapat mematuhi piawaian bertaraf 'BMW' iaitu bersih, menawan dan wangi, sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna.

"Kita sudah menyiapkan fasa baik pulih pasar ini tetapi masih ada beberapa kelengkapan yang perlu dipertingkat lagi antaranya tandas (bina baharu) dan tambahan kipas.

"Atas permintaan wakil rakyat Puchong dan Seri Kembangan, saya bersetuju untuk tambah RM100,000 (bagi tandas dan kipas) yang akan dikendalikan Majlis Bandaraya Subang Jaya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan siri lawatan terakhir program Sentuhan Kasih KPKT di pasar berkenaan, di sini hari ini.

Menerusi siri lawatan kerja itu, Kor Ming turut mengumumkan pihaknya menjelajah ke semua negeri di Malaysia dengan memperuntuk RM700 juta bagi pelaksanaan 5,196 projek tahun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.