AGENSI

KDEBWM serah bayaran zakat syarikat lebih RM1 juta kepada LZS

25 Dis 2023, 12:30 PM
KDEBWM serah bayaran zakat syarikat lebih RM1 juta kepada LZS

SHAH ALAM, 25 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyerahkan zakat syarikat bernilai RM1,033,561.75 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 20 Disember lalu.

KDEBWM memaklumkan serahan itu dibuat Pengarah Urusannnya Dato’ Ramli Mohd Tahir kepada Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dalam majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) di Dewan Orkid, Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Shah Alam.

“Sesi penyerahan 'mock cheque' menjadi simbol KDEBWM dengan rasminya telah menjadi pembayar zakat bagi kategori Berlian, iaitu syarikat yang membayar sebanyak RM1 juta kepada LZS.

“Semoga bayaran zakat ini memberi banyak kebaikan kepada KDEBWM dan menyemai rasa ihsan dalam setiap warga KDEBWM,” katanya menerusi Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619