AGENSI

Pertandingan tulisan khat antara disedia pada program Darul Ehsan Berselawat

25 Dis 2023, 10:30 AM
Pertandingan tulisan khat antara disedia pada program Darul Ehsan Berselawat

SHAH ALAM, 25 DIS: Pertandingan menulis khat kaligrafi Islam antara aktiviti menarik disediakan dalam program Darul Ehsan Berselawat di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam, pada 31 Disember ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan turut diadakan ialah saringan kesihatan asas oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan pameran daripada pelbagai agensi.

“Turut diadakan pameran dan aktiviti menarik daripada agensi, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta perkhidmatan kaunter bergerak Lembaga Zakat Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

“Selain itu, pertandingan mewarna juga diadakan bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Peserta digalakkan membawa alatan membawa sendiri,” katanya menerusi Facebook.

Program sempena sambutan ambang tahun baharu 2024 itu juga menampilkan panel El Faeza Ul Haq dan Hani Kushi yang akan menyampaikan ceramah bertajuk Tinggalkan Dunia, Tempahkan Rumahmu di Akhirat.

Selawat dan tawsiyyah pada malam itu akan dibimbing ulama jemputan antaranya Ustaz Mohammad Neezam Al-Banjari, Habib Jindan, Habib Ali Zainal Abidin dan Habib Nael Ben Taher.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan majlis munajat, zikir dan berselawat diteruskan tahun ini bagi menggantikan sambutan ambang tahun baharu.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, sejak tahun lalu Kerajaan Negeri menggantikan sambutan ambang tahun baharu dengan majlis munajat dan zikir bagi terus menghidupkan amalan selawat, zikir dan munajat. Semoga diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619