AGENDA

Tergelincir ketika main air bah, budak perempuan lemas, rakan masih hilang

25 Dis 2023, 3:03 AM
Tergelincir ketika main air bah, budak perempuan lemas, rakan masih hilang

PASIR MAS, 25 DIS: Seorang murid perempuan Tahun Lima ditemukan lemas ketika bermain banjir, manakala seorang lagi masih hilang di Kampung Petai Dusun dekat Rantau Panjang, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam lebih kurang 6.39 petang, semalam.

“Kedua-dua mangsa yang sedang bermain banjir telah tergelincir sebelum dibawa arus.

“Mangsa, Siti Aisyah Mazi, 11, telah diselamatkan orang awam dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia, semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa, Nur Damia Qaisara Mohd Sabre, 11, masih giat dilakukan oleh pihak polis dan bomba.

“Saya nasihatkan orang ramai untuk cakna mengenai keselamatan anak-anak di bawah jagaan masing-masing yang bermain air tanpa pengawasan,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619