AGENDA

Deretan enam kedai di Pekan Lama Sungai Petani terbakar

25 Dis 2023, 1:38 AM
Deretan enam kedai di Pekan Lama Sungai Petani terbakar

SUNGAI PETANI, 25 DIS: Deretan enam unit kedai di Jalan Kuala Ketil, Pekan Lama Sungai Petani dekat sini, terlibat dalam kebakaran tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata, tiga unit kedai terbakar kira-kira 90 peratus, manakala tiga lagi terbakar kira-kira lima peratus.

"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada 12.47 tengah malam tadi dan menggerakkan 14 pegawai dan anggota dari BBP Sungai Petani bersama dua jentera, water tanker dan EMRS Sungai Petani ke lokasi kebakaran.

"Operasi pemadaman turut dibantu BBP Amanjaya serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bakar Arang, PBS Sungai Petani dan PBS Bedong," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan pemadaman dilakukan menggunakan aliran 61 meter serta tiga pancutan dari jentera bomba dan PBS.

"Kebakaran dapat dibendung dan tiada mangsa dilaporkan cedera. Kerja-kerja overhaul masih dijalankan di lokasi kejadian," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619