AGENDA

Lebih 2,000 kunjungi gereja tertua di KL sempena Krismas

25 Dis 2023, 12:14 AM
Lebih 2,000 kunjungi gereja tertua di KL sempena Krismas

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Hampir 2,000 penganut Kristian berkumpul di ‘Cathedral of St John’ di sini malam tadi bagi menghadiri upacara misa dan berdoa sempena sambutan Hari Krismas.

Paderi Paroki gereja berkenaan Gerard Steve Theraviam berkata orang ramai mula tiba sejak 6.30 petang lagi untuk upacara itu sebagai memperingati kelahiran Jesus.

“Kita baharu sahaja buat misa yang pertama khas untuk kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir pada 7 malam. Misa yang kedua untuk mereka yang lebih tua pada 9 malam dan seterusnya pada 11 malam,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penganut Kristian yang hadir semalam diingatkan untuk sentiasa bersyukur dan mengingati rakyat di Palestin yang sedang menderita akibat serangan rejim Zionis Israel.

“Kita juga perlu mengingati mereka yang kurang berkemampuan dan mereka yang berada di tempat tiada keamanan,” katanya.

Sementara itu, pengunjung gereja, Dickson Liew, 19, berkata beliau bersama keluarganya yang datang dari Teluk Intan, Perak, gembira dapat mengunjungi rumah ibadat yang telah berusia 68 tahun itu.

“Saya dan keluarga sangat gembira sebab dapat datang ke sini. Pada tahun ini, kami buat sedikit kelainan dengan menyambut Krismas di sini (Kuala Lumpur),” katanya.

Alice Tan, 37, pula berkata beliau teruja dapat hadir ke gereja berkenaan yang dibuka semula hari ini setelah ditutup sejak Februari lepas kerana kerja-kerja ubah suai.

“Saya gembira apabila dapat tahu gereja ini dibuka semula kerana sebelum ini saya selalu datang ke sini untuk menyertai kerja-kerja kebajikan,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619