AGENDA

Anwar seru rakyat teguhkan perpaduan, bersama bangunkan negara

24 Dis 2023, 1:00 PM
Anwar seru rakyat teguhkan perpaduan, bersama bangunkan negara

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, Perdana Menteri berkata sambutan Hari Krismas kali ini diharap menjadi momentum untuk selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.

“Selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara. Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun.

Semoga sambutan Krismas tahun ini terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia,” katanya dalam perutusan Hari Krismas 2023.

Hari Krismas disambut pada 25 Dis setiap tahun oleh penganut Kristian.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619