AGENDA

Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama pagi ini

24 Dis 2023, 3:14 AM
Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Aliran trafik di lebuh raya utama pagi ini terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku dilaporkan berlaku di jalan-jalan utama menghala keluar dari Lembah Klang sempena sambutan Hari Krismas, esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi susulan kemalangan antaranya di Kilometer 263.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh.

"Insiden telah selesai, bagaimanapun trafik masih perlahan di lokasi dan pengguna jalan raya diminta berhati-hati," katanya.

Menurut beliau sedikit kesesakan turut berlaku di arah selatan dari Bandar Gamuda Cove menuju ke Persimpangan KLIA akibat kemalangan.

"Trafik menghala ke Pantai Timur sedikit sesak dari arah ibu kota menuju ke Plaza Tol Gombak susulan pertambahan kenderaan, bagaimanapun aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 lancar di kedua-dua arah," katanya.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619