AGENDA

Dua sungai di Kelantan lepasi paras bahaya setakat 9 pagi

24 Dis 2023, 2:18 AM
Dua sungai di Kelantan lepasi paras bahaya setakat 9 pagi

KOTA BHARU, 24 DIS: Dua sungai di Kelantan melepasi paras bahaya setakat 9 pagi ini susulan hujan berterusan sejak semalam.

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Aring di Jalan Felda Aring, Gua Musang mencatatkan bacaan 80.31 meter (m) melebihi paras bahaya 72m manakala Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli merekodkan bacaan 29.68m melebihi paras bahaya 29.5m.

Dua sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah, Jeli yang merekodkan bacaan 55.65m dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (8.42m).

Selain itu tujuh sungai turut merekodkan bacaan melepasi paras waspada.

Sungai terbabit ialah Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang (69.89), Sungai Galas di Chegar Lapan Kelantan, Kuala Krai (33.71m), Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai (36.17m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (22.21m), Empangan Bukit Kwong di Pasir Mas (17.24m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.18m) dan Jambatan Melor di Bachok (7.84m).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619