AGENDA

Dakwaan pemandu pengangkutan awam boleh didenda bawa pendatang asing tidak benar

23 Dis 2023, 3:43 AM
Dakwaan pemandu pengangkutan awam boleh didenda bawa pendatang asing tidak benar

PUTRAJAYA, 23 DIS: Jabatan Imigresen Malaysia menafikan dakwaan tular menerusi media sosial kononnya pemandu kenderaan awam yang membawa pendatang tanpa izin boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata jabatan itu sedia maklum bahawa pemandu tidak mempunyai kuasa dan tidak perlu dibebankan dengan pembuktian status penumpang dibawa mereka.

“Bagaimanapun, jika didapati mereka (pemandu) dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan akta, barulah mereka boleh disabit dengan hukuman di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jabatan itu tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Sehubungan itu Roslin menegaskan bahawa notis yang tular iaitu tindakan boleh diambil terhadap pemandu pengangkutan awam yang membawa warga asing tanpa mempunyai dokumen yang sah, adalah palsu dan dipercayai dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau turut meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang belum tentu kesahihannya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619