AGENDA

PM solat Jumaat bersama 3,500 jemaah di Masjid Jamek Kota Damansara

22 Dis 2023, 7:16 AM
PM solat Jumaat bersama 3,500 jemaah di Masjid Jamek Kota Damansara
PM solat Jumaat bersama 3,500 jemaah di Masjid Jamek Kota Damansara
PM solat Jumaat bersama 3,500 jemaah di Masjid Jamek Kota Damansara

PETALING JAYA, 22 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama 3,500 jemaah di Masjid Jamek Kota Damansara di sini, sebentar tadi.

Ketibaan beliau sekitar jam 1.10 petang disambut Imam Masjid Kota Damansara Mohammad Nor Salami dan para jemaah.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim.

[caption id="attachment_620031" align="aligncenter" width="812"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Kota Damansara, Petaling Jaya pada 22 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Anwar bersama jemaah kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Jangan Mengundang Persengketaan’ yang disampaikan Imam Mohammad Nor Salami.

Anwar yang berbaju Melayu biru muda kemudian bersalaman dengan jemaah sebelum beredar meninggalkan masjid jam 2.20 petang.

Terdahulu, perdana menteri menikmati makan tengah hari di Nasi Ayam Warisan KD, Kota Damansara bersama Dato’ Menteri Besar, pemimpin setempat dan orang ramai.

Aktiviti makan tengah hari bersama penduduk dan solat Jumaat merupakan program mingguan perdana menteri untuk lebih mendekati rakyat sejak mengetuai Kerajaan Perpaduan pada November tahun lalu.

[caption id="attachment_620029" align="aligncenter" width="812"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menghadiri acara makan tengah hari bersama rakyat di Kedai Nasi Ayam Warisan KD, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 22 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619