AGENDA

Polis trafik di lokasi kemalangan, sesak sempena Krismas, Tahun Baharu

21 Dis 2023, 2:30 PM
Polis trafik di lokasi kemalangan, sesak sempena Krismas, Tahun Baharu

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Polis akan menempatkan anggota trafik di kawasan yang telah dikenal pasti kerap berlaku kemalangan dan kesesakan di seluruh negara sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu minggu depan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dalam kenyataan hari ini berkata ia adalah sebagai langkah proaktif jabatan berkenaan bagi memastikan kelancaran aliran trafik yang dijangka bertambah susulan perayaan dan cuti umum.

"Berdasarkan laporan pihak konsesi lebuh raya, dijangka sehingga dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya pada Sabtu hingga Selasa ini dan sempena Tahun Baharu untuk pulang ke kampung masing-masing dan bercuti," katanya.

Beliau berkata JSPT sentiasa berkolaborasi bersama pihak konsesi lebuh raya agar tindakan penyuraian kesesakan aliran trafik dapat disegerakan sekiranya berlaku kes kemalangan.

Pengguna lebuh raya diminta peka dengan maklumat trafik semasa dan kemudahan yang boleh digunakan sekiranya menghadapi kecemasan di lebuh raya.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal serta sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Dis kepada pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan Hari Krismas, Isnin depan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619