AGENDA

Banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya

19 Dis 2023, 7:51 AM
Banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya

KUALA TERENGGANU, 19 DIS: Banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya apabila empat pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di tiga daerah ditutup secara rasmi 1 tengah hari tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), empat PPS tersebut adalah Balairaya Kampung Pelandang, Dungun, Surau Kampung Nyatoh, Setiu, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, Marang yang sebelum ini menempatkan seramai 158 mangsa daripada 16 keluarga.

Menurut kenyataan itu semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air surut sepenuhnya hari ini.

Hujan lebat berterusan minggu lepas menyebabkan enam daerah iaitu Marang, Hulu Terengganu, Dungun, Setiu, Besut dan Kemaman dilanda banjir sejak Khamis lepas, menyebabkan hampir 3,000 mangsa daripada lebih 600 keluarga terpaksa berpindah ke PPS.

Bagaimana pun JPBNT memaklumkan pihaknya sentiasa bersiap siaga menghadapi banjir gelombang yang seterusnya memandangkan musim Monsun Timur Laut masih belum berakhir.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619