AGENDA

Perkhidmatan telekomunikasi di Gaza pulih selepas empat hari

18 Dis 2023, 1:22 AM
Perkhidmatan telekomunikasi di Gaza pulih selepas empat hari

RAMALLAH, 18 DIS: Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat telekomunikasi, Jawwal.

Jawwal dalam satu kenyataan berkata perkhidmatan telefon dan internet di tengah dan selatan Semenanjung Gaza telah pulih.

"Juruteknik kami telah melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan sepenuhnya perkhidmatan di semua kawasan di Semenanjung Gaza,” katanya.

Syarikat telekomunasi Ooredoo juga mengesahkan penyambungan semula perkhidmatan terlekomunikasi selepas gangguan pada Khamis.

Israel melancarkan serangan udara dan darat di Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 18,800 penduduk Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, selain mencederakan 51,000 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan.

-BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619