AGENDA

Kontraktor tapak pembinaan digesa uruskan risiko kerja binaan di musim tengkujuh

17 Dis 2023, 6:17 AM
Kontraktor tapak pembinaan digesa uruskan risiko kerja binaan di musim tengkujuh

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa semua pemilik projek dan kontraktor untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan tapak pembinaan semasa musim tengkujuh ini.

Ketua Eksekutif CIDB Datuk Mohd Zaid Zakaria dalam kenyataan hari ini berkata cuaca buruk dengan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sememangnya memberi risiko yang tinggi kepada keselamatan di tapak bina dan kerap menyebabkan kerosakan jentera.

“Dalam kes kren tumbang dan menghalang landasan komuter pada Selasa lepas, siasatan awal CIDB mendapati kren tersebut tumbang disebabkan air bertakung yang mengurangkan kekuatan tanah akibat hujan berterusan sejak 2 petang hari tersebut.

“Dalam kes ini, CIDB telah mengeluarkan arahan berhenti kerja di tapak pembinaan tersebut sementara siasatan dilaksanakan. Penjadualan kerja-kerja pembinaan perlu mengambil kira keadaan cuaca supaya kerja-kerja yang berisiko tinggi dan melibatkan penggunaan jentera boleh dilaksanakan sebelum musim hujan,” katanya.

Pada Selasa lepas, perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.

Mohd Zaid berkata sebarang kerja-kerja pembinaan berdekatan kawasan trafik dan pengangkutan awam juga perlu mematuhi garis panduan serta peraturan sedia ada, malah CIDB telah membangunkan kod amalan berkaitan keselamatan dan kesihatan melalui penyediaan Standard Industri Pembinaan (CIS) yang boleh dirujuk.

“Antara CIS yang boleh dirujuk berkaitan projek pembangunan kawasan pengangkutan awam khususnya landasan kereta api/tren/monorel adalah CIS 28:2021 - Public and Road User Safety, Construction Working Adjacent to and Above Roadways,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619