AGENDA

KPWKM sedia tawar khidmat kaunseling buat keluarga Zayn Rayyan

15 Dis 2023, 12:50 PM
KPWKM sedia tawar khidmat kaunseling buat keluarga Zayn Rayyan

KUCHING, 15 DIS: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya mempunyai kaunselor sekiranya khidmat itu diperlukan oleh keluarga Zayn Rayyan.

“Kita dimaklumkan buat masa ini pihak polis masih lagi menyiasat kes tersebut maka belum lagi ada kaunselor (yang datang kepada mereka) melainkan pihak keluarga ada minta (kita boleh) beri kaunseling,” katanya selepas menghadiri Program Memacu Kehidupan Krismas 2023 di sini, hari ini.

Nancy berkata buat masa ini juga pihak KPWKM tidak boleh turun ke lokasi kejadian sehingga proses siasatan selesai.

“Tidak dibenarkan (turun ke lokasi kejadian), difahamkan ada beberapa perkara yang belum dimuktamadkan polis. Kita tunggu selesai dulu penyiasatan sebelum kita ambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619