AGENDA

59 warga asing, empat ejen urus migran keluar Malaysia ditahan

15 Dis 2023, 12:00 PM
59 warga asing, empat ejen urus migran keluar Malaysia ditahan

SHAH ALAM, 15 DIS: Sebanyak 59 warga asing termasuk empat ejen ditahan dalam satu serbuan di Jalan Kebun di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata serbuan dilakukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman kira-kira 6 petang di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan sebagai tempat transit.

“Tangkapan ini melibatkan 53 warga Indonesia termasuk 12 wanita, lima lelaki warga Bangladesh dan satu lelaki warga Myanmar membabitkan mereka yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 56 tahun.

“Tangkapan yang turut membabitkan empat ejen lelaki warga Indonesia dipercayai menguruskan migran untuk keluar dari Malaysia mengikut jalan yang tidak diwartakan, manakala selebihnya ialah migran yang memerlukan perkhidmatan ejen untuk keluar dari negara,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Iqbal berkata 55 suspek direman selama 14 hari, manakala empat ejen direman 28 hari dengan kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6 (1)(c) dan 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/61.

Beliau berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Muhammad Abdul Hafiz Sariee menerusi talian 014-8905051.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619