AGENSI

Raja Muda berkenan menjadi penaung Diraja Invest Selangor

14 Dis 2023, 4:59 AM
Raja Muda berkenan menjadi penaung Diraja Invest Selangor

SHAH ALAM, 14 DIS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menjadi penaung Diraja pertama untuk Invest Selangor Berhad (ISB).

Menurut kenyataan syarikat pelaburan negeri itu, pelantikan Baginda hari ini seiring hasrat Invest Selangor meningkatkan lagi profil negeri ke peringkat antarabangsa.

“Keterlibatan DYTM Raja Muda Selangor dalam usaha promosi pelaburan ini sejajar visi meningkatkan ekonomi Selangor secara berkekalan dari segi sumber dan pembangunan sosial,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar menyifatkan pelantikan tersebut pengiktirafan agung dan mendorong tinggi Invest Selangor untuk menarik lebih banyak pelaburan tempatan dan antarabangsa.

"(Usaha ini juga) dapat menawarkan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada warga Selangor," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Ketua Pegawai Eksekutif ISB pula berkata kepimpinan Tengku Amir Shah mampu memenuhi aspirasi syarikat berkenaan untuk mempromosi Selangor sebagai destinasi pelaburan terbaik di Asia Tenggara.

“Kami berbangga Raja Muda Selangor menerima pelantikan ini. Ini pengiktirafan tinggi untuk kami terus berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi,” kata Dato' Hasan Azhari Idris.

ISB menyediakan perkhidmatan maklumat dan khidmat nasihat kepada pelabur yang berpotensi dan sedia ada serta membantu mereka dalam menubuhkan operasi di negeri ini.

Sejak penubuhannya, syarikat itu berjaya menarik 6,496 projek pembuatan sejumlah RM218.36 bilion, selain mewujudkan 476,886 peluang pekerjaan.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619