AGENSI

Infrasel baiki jalan di Tanjong Karang tidak sampai 24 jam selepas terima aduan

13 Dis 2023, 9:37 AM
Infrasel baiki jalan di Tanjong Karang tidak sampai 24 jam selepas terima aduan
Infrasel baiki jalan di Tanjong Karang tidak sampai 24 jam selepas terima aduan

SHAH ALAM, 13 DIS: Syarikat selenggara jalan negeri, Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) membaik pulih kerosakan jalan dalam tempoh 24 jam di Jalan Raja Musa, Tanjong Karang semalam.

Agensi itu berkata kerja tampalan sementara dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam di laman X, #INFRASEL.

“Kerja menampal 'pothole' (lubang jalan) segera dilakukan secara tampalan sementara sebelum kaedah tampalan kekal dilaksanakan di Jalan Raja Musa, Tanjong Karang, dalam tempoh 24 jam hasil aduan orang ramai,” katanya menerusi laman X.

[caption id="attachment_618582" align="aligncenter" width="712"] Keadaan jalan raya yang rosak di Jalan Raja Musa, Tanjong Karang pada 12 Disember 2023 selepas Infrasel Sdn Bhd menerima aduan daripada orang awam menerusi laman X. Foto Laman X Infrasel[/caption]

Orang ramai diminta terus membuat aduan dengan memuat naik ciapan di laman X bersama tanda pagar #INFRASEL #NamaJalan #Daerah (jika) berlaku kerosakan jalan raya.

Pada 22 Ogos lalu, Eksekutif Operasi Infrasel Abdullah Hanif Abd Ghalib memaklumkan pelaksanaan 93 projek baik pulih jalan secara besar-besaran di seluruh negeri sudah mencapai 86 peratus.

Katanya pembaikan jalan menerusi Projek Turapan Mega dengan kos RM50 juta memberi keutamaan jalan yang perlu dibaiki selain mengambil kira aduan orang awam.

Pada 9 Julai, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memaklumkan projek turapan melibatkan 118 jalan merangkumi jalan pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pejabat daerah dan tanah (PDT).

Jalan terlibat meliputi 66 di Petaling diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (8).

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata projek berskala besar dengan dana RM50 juta diperuntuk bagi memastikan jalan raya negeri berada dalam keadaan baik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619