AGENDA

Tengku Permaisuri rasmi pusat sokongan barah, buku pemakanan pesakit

13 Dis 2023, 5:13 AM
Tengku Permaisuri rasmi pusat sokongan barah, buku pemakanan pesakit
Tengku Permaisuri rasmi pusat sokongan barah, buku pemakanan pesakit

PETALING JAYA, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan merasmikan pusat sokongan pesakit barah, Rumah KanWork di Damansara Utama, di sini hari ini.

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan melancar buku Dari Dapur KanWork terbitan pusat terbabit, berkisar kepentingan aspek pemakanan sepanjang proses penyembuhan pesakit.

[caption id="attachment_618549" align="aligncenter" width="737"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menandatangani plat perasmian pusat sokongan pesakit barah, Rumah KanWork di Damansara Utama, Petaling Jaya pada 13 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Baginda diiringi Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Mohamad turut menyempurnakan penyerahan sumbangan beberapa pihak kepada KanWork.

Badan terlibat ialah Perbadanan Wakaf Selangor, Yayasan Waqaf Malaysia serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, dengan masing-masing menyumbang RM50,000.

Sementara itu, Pengerusi KanWork Dr Mazanah Muhamad berkata pusat berkenaan akan dimanfaat sebaik mungkin bagi menyokong semua pesakit serta dibuka luas untuk orang ramai.

“Selepas 18 tahun ditubuhkan, KanWork memiliki premis sendiri yang diwakafkan individu. Rumah ini dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya taman, tempat beriadah selain khidmat kaunseling,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619