AGENDA

Perkhidmatan komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang

12 Dis 2023, 3:11 PM
Perkhidmatan komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.

Bagaimanapun, KTMB dalam kenyataan di sini tidak menyatakan lokasi insiden tersebut dan menjelaskan kejadian tersebut telah menyebabkan kedua-dua landasan bagi laluan Rawang-Tanjong Malim, terhalang.

Susulan kejadian itu, perkhidmatan Komuter sektor Tanjong Malim-KL Sentral-Tanjong Malim akan ditamatkan di Serendah manakala perkhidmatan ETS akan dimaklumkan kelak.

“Insiden ini akan mengambil masa untuk dipulihkan kerana alat talian atas terputus,” menurut kenyataan itu.

Justeru, KTMB menyediakan perkhidmatan bas kepada penumpang perkhidmatan Komuter Lembah Klang bagi perjalanan pergi dan balik laluan Sungai Buloh ke Serendah manakala laluan KL Sentral-Sungai Buloh-Tanjung Malim untuk penumpang ETS.

“Pihak KTMB akan melaporkan perkembangan terkini situasi dari semasa ke semasa dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619