AGENDA

10 hari penganjuran, pesta buku Selangor rekod lebih 250,000 pengunjung

10 Dis 2023, 12:24 PM
10 hari penganjuran, pesta buku Selangor rekod lebih 250,000 pengunjung
10 hari penganjuran, pesta buku Selangor rekod lebih 250,000 pengunjung
10 hari penganjuran, pesta buku Selangor rekod lebih 250,000 pengunjung
10 hari penganjuran, pesta buku Selangor rekod lebih 250,000 pengunjung
10 hari penganjuran, pesta buku Selangor rekod lebih 250,000 pengunjung
10 hari penganjuran, pesta buku Selangor rekod lebih 250,000 pengunjung
10 hari penganjuran, pesta buku Selangor rekod lebih 250,000 pengunjung

SHAH ALAM, 10 DIS: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 mencatatkan kehadiran lebih 250,000 pengunjung dalam tempoh 10 hari penganjuran bermula 1 Disember.

EXCO belia berkata peningkatan bilangan pengunjung saban tahun membuktikan pesta buku negeri yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006 sebelum dijenamakan kepada SIBF, semakin menjadi tumpuan orang ramai dan pempamer antarabangsa.

"Pada tahun ini, SIBF mencatat peningkatan jumlah pengunjung. Malah transaksi jualan pempamer juga meningkat berganda berbanding tahun lepas. Ini membuktikan SIBF adalah acara yang berprestij dan semakin manjadi tumpuan.

“Kerajaan Negeri akan terus beri sokongan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) selaku penganjur dalam merancakkan lagi industri buku sekali gus membudayakan ilmu,” kata Mohd Najwan Halimi.

Beliau beurcap pada majlis penutup SIBF 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Hadir sama Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhamad.

[caption id="attachment_618037" align="aligncenter" width="700"] EXCO Belia Mohd Najwan Halimi bergambar selepas menerima cek cura dari wakil pelbagai agensi ketika Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata penganjuran SIBF berjaya menggalakkan budaya membaca dan penulisan dalam kalangan rakyat khsususnya di Selangor.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh budaya menuntut ilmu, dan salah satu agenda kerajaan negeri dalam menyokong dan membantu merealisasikan program Tekad Pendidikan #KitaSelangor.

“Malah, sejak diperkenal di peringkat Selangor bermula 2006, ia sangat dinanti-nantikan oleh pencinta buku, pemain industri buku, karyawan, penulis dan ilustrator tempatan saban tahun,” katanya.

SIBF julung kali dianjurkan tahun lalu adalah kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

[caption id="attachment_618032" align="aligncenter" width="700"] EXCO Belia Mohd Najwan Halimi menyampaikan sijil penghargaan reruai terbaik ketika Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_618042" align="aligncenter" width="700"] EXCO Belia Mohd Najwan Halimi menyampaikan sijil penghargaan reruai terbaik ketika Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_618034" align="aligncenter" width="700"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi menyampaikan anugerah ilustrasi Yusof Gajah ketika Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_618040" align="aligncenter" width="700"] EXCO Belia Mohd Najwan Halimi (tengah) meyaksikan penukaran memorandum persefahaman diantara PPAS dan Dzul Iman ketika Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_618044" align="aligncenter" width="700"] Kanak- kanak melakukan aktiviti membuat bento ketika Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ) pada 10 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619