AGENDA

Dakwaan pelajar lari sekolah akibat dibuli sedang disiasat

9 Dis 2023, 1:17 PM
Dakwaan pelajar lari sekolah akibat dibuli sedang disiasat

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan dakwaan kes buli melibatkan seorang pelajar sekolah baru-baru ini, bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan segera.

KPM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil perhatian dakwaan kes buli di sekolah seperti yang dilaporkan oleh media.

“Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 dan 13 Tahun 2023, bertarikh 3 November 2023 perlu dijadikan panduan bagi menangani gejala buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan KPM,” menurut kenyataan itu.

KPM menyatakan pihaknya menyediakan empat saluran utama bagi membolehkan murid, ibu bapa dan masyarakat untuk membuat aduan mengenai kes buli dan gangguan seksual menerusi talian khas Aduan Buli, aplikasi WhatsApp, e-mel adubuli@moe.gov.my dan aduan buli dalam Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Media hari ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun yang hilang dari kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras di sini Khamis lepas, ditemukan dalam keadaan lemah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam tadi.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak melarikan diri dari sekolah berikutan dibuli pelajar lain.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619