AGENSI

MBI ziarah mangsa kebakaran, hulur bantuan tunai

7 Dis 2023, 9:29 AM
MBI ziarah mangsa kebakaran, hulur bantuan tunai
MBI ziarah mangsa kebakaran, hulur bantuan tunai

AMPANG JAYA, 7 DIS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menghulur bantuan tunai RM3,000 kepada mangsa kebakaran di Lembah Jaya Utara, Ampang di sini, hari ini.

Ketua tanggungjawab sosial dan komunikasi korporatnya berkata sumbangan itu sebagai tanda prihatin dengan ujian menimpa keluarga Roslin Sulong selepas rumah yang didiami mengalami kerosakan teruk.

"Saya difahamkan rumah yang terbakar ini adalah rumah pusaka berusia 50 tahun. Kejadian berpunca daripada kebakaran bengkel kereta di hadapan rumah mangsa yang disambar petir. Kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban mangsa.

“Selain itu, kami juga akan memanjangkan perkara ini kepada Lembaga Zakat Selangor untuk mendapatkan bantuan membina rumah,” kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada Selangorkini selepas melawat kediaman mangsa.

Penyampaian sumbangan dibuat bersama Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

[caption id="attachment_617510" align="aligncenter" width="699"] Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor bersama Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet menyampaikan bantuan tunai kepada mangsa kebakaran di Lembah Jaya Utara, Ampang pada 7 Disember 2023. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619