AGENDA

Malaysia rekod nilai pelaburan RM225 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 tahun

6 Dis 2023, 10:02 AM
Malaysia rekod nilai pelaburan RM225 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 tahun

KUALA LUMPUR, 6 DIS: Jumlah nilai pelaburan yang diluluskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini sebanyak RM225 bilion adalah antara pencapaian tertinggi dan terbaik Malaysia sepanjang sepuluh tahun lepas.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pencapaian itu membuktikan daya tarikan berterusan Malaysia serta keyakinan pelabur terhadap negara ini sebagai sebuah destinasi pelaburan.

“Nisbah pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) juga mencatatkan angka yang lebih kurang sama iaitu 56 peratus bagi FDI dan 44 peratus bagi DDI sepanjang sembilan bulan tahun ini,” katanya pada sidang media Pengumuman Kad Laporan MITI 2023 - Setahun Kerajaan MADANI di sini, pada Ranu.

Jumlah keseluruhan nilai pelaburan komited sepanjang misi pelaburan tahun ini sebanyak RM347 billion iaitu China (RM170 bilion); Amerika Syarikat (APEC) (RM63 bilion); Abu Dhabi (RM40.6 bilion); Korea Selatan (RM24 bilion); Jepun (RM23.1 bilion); Singapura (RM13 bilion); Brunei (RM5 bilion); Amerika Syarikat (UNGA) (RM4.74 bilion); Itali (RM3.3 bilion); Indonesia (RM300 juta); dan Vietnam (RM5 juta).

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619