AGENDA

Israel larang imam Masjid Al-Aqsa lakukan perjalanan

4 Dis 2023, 3:08 PM
Israel larang imam Masjid Al-Aqsa lakukan perjalanan

BAITULMAQDIS, 4 DIS: Ejen perisikan Israel menyerbu kediaman Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Ekrima Sabri di Baitulmaqdis Timur dan menyampaikan notis larangan perjalanan ke atas pendakwah itu, menurut peguamnya pada Isnin.

"Sabri telah diserahkan perintah yang menghalangnya daripada melakukan perjalanan," kata Khaled Zabarka kepada Agensi Anadolu.

Beliau berkata pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

"Rumahnya diserbu pada Ahad dan ejen itu menyerahkan perintah roboh bangunan tempat beliau tinggal dan hari ini beliau dilarang melakukan perjalanan.

"Pencabulan terhadap pendakwah itu adalah percubaan untuk menutup mulutnya yang dengan lantang menyuarakan kebenaran," kata peguam itu.

Pendakwah berusia 84 tahun itu ditahan beberapa kali oleh Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan.

Sabri merupakan pengkritik tegar pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.

Masjid Al-Aqsa merupakan tempat suci ketiga umat Islam

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur yang menempatkan Al-Aqsa semasa Perang Arab-Israel 1967. Ia mengilhakan seluruh bandar itu pada tahun 1980, langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

- BERNAMA-AA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619