AGENDA

Orang ramai boleh mula tebus kredit eMadani RM100 hari ini

4 Dis 2023, 5:02 AM
Orang ramai boleh mula tebus kredit eMadani RM100 hari ini

KUALA LUMPUR, 4 DIS: Orang ramai yang layak boleh mula menebus kredit e-tunai eMadani sebanyak RM100 bermula 8 pagi hari ini hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam hantaran di laman Facebook menyebut orang ramai boleh menyemak kelayakan di portal rasmi https://manfaat.mof.gov.my/individu/eMADANI.

Menurut MOF, orang ramai boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan atau kod QR DuitNow.

Menurut soalan lazim (FAQ) disediakan di laman web MoF, kredit e-tunai yang dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia boleh digunakan untuk pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Berdasarkan FAQ itu, syarat kelayakan bagi program berkenaan adalah pemohon mesti warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas pada tahun ini.

Selain itu, pemohon juga merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 Nov atau mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai.

Langkah verifikasi identiti secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan juga perlu dipenuhi sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Setelah pemohonan diterima dan kredit e-tunai dimasukkan, penerima perlu membelanjakannya sebelum 11.59 malam, 29 Feb 2024 dan selepas itu, baki yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet penerima.

Melalui program yang bertujuan meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai serta meringankan beban kewangan rakyat itu, penerima turut berpeluang menikmati pelbagai insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun, mata ganjaran dan coins daripada penyedia e-dompet pilihan.

Sementara itu, semakan di laman web dan aplikasi penyedia e-dompet mendapati antara insentif disediakan termasuk 1,000 mata GoRewards serta baucar bernilai lebih RM500 bagi pelbagai barangan runcit, makanan dan minuman, pembayaran bil dan pengangkutan oleh Touch 'n Go eWallet.

Selain itu, Setel menyediakan pulangan tunai sehingga RM80, e-baucar pelbagai jenama dan mata Mesra untuk transaksi terpilih manakala ShopeePay pula menyediakan baucar sehingga RM600 bagi pembelian, ShopeeFood, SPayLater dan insurans kereta.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619