AGENDA

WHO: Pengeboman berterusan di Gaza 'mengerikan'

3 Dis 2023, 2:30 PM
WHO: Pengeboman berterusan di Gaza 'mengerikan'

ISTANBUL, 3 DIS: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad memberi amaran bahawa situasi sektor kesihatan di Gaza sebagai tidak dapat dibayangkan.

“Laporan pertempuran dan pengeboman berterusan di Gaza amat mengerikan.

“Semalam (Sabtu) pasukan kami melawat Hospital Perubatan Nassar di selatan (Gaza)... penuh dengan 1,000 pesakit -- tiga kali ganda melebihi kapasitinya,” kata Tedros Adhanom Ghebreyesus di X, lapor Agensi Anadolu.

Tedros berkata kemudahan itu juga dipenuhi orang awam yang mencari perlindungan yang memenuhi setiap penjuru hospital dan ada pesakit menerima rawatan di atas lantai.

"Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk menyatakan kebimbangan kami terhadap apa yang kami saksikan," kata Tedros.

Ketua WHO itu mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza pada awal Jumaat selepas mengumumkan jeda kemanusiaan selama seminggu tamat.

-BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619