AGENDA

Penganjur pesta buku sedia khemah khas tampung tambahan pempamer

3 Dis 2023, 8:42 AM
Penganjur pesta buku sedia khemah khas tampung tambahan pempamer
Penganjur pesta buku sedia khemah khas tampung tambahan pempamer
Penganjur pesta buku sedia khemah khas tampung tambahan pempamer

SHAH ALAM, 3 DIS: Sebuah khemah khas disediakan bagi menampung bilangan pempamer yang ramai pada Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023.

Pengarah SIBF berkata 'marquee tent' berada di aras bawah Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang menempatkan 36 reruai membabitkan 24 syarikat penerbitan.

[caption id="attachment_616808" align="alignleft" width="345"] Pengarah Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 Zafrullah Aris[/caption]

“Ini antara kelainan SIBF 2023. Kita buat reruai tambahan atas permintaan pempamer supaya lebih banyak pempamer terlibat sama dalam penganjuran kali ini.

“Selain dalam Pusat Konvensyen MBSA, orang ramai boleh mengunjungi 'marquee tent' untuk mendapatkan naskhah yang diinginkan,” kata Zafrullah Aris ditemui hari ini.

Antara penerbit berada di khemah berkenaan termasuk Hijanah, Iman, Ilham Books, Tafsir Tok Guru, Latip dan Keluarga ENT, Media Mewah Teguh Sdn Bhd dan Tentang Kita.

Berlangsung dari 1 hingga 10 Disember, SIBF 2023 susulan kesinambungan Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

[caption id="attachment_616806" align="alignnone" width="839"] Orang ramai mengambil kesempatan memilih buku lelongan dengan harga murah sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 3 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Edisi kedua pesta bertaraf antarabangsa menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, jualan buku dan diskaun menarik menanti pengunjung.

Tahun lalu, SIBF mendapat penyertaan 225 pempamer tempatan dan antarabangsa antaranya United Kingdom, Turki, Korea, Mesir, Indonesia, Singapura serta China.

Selain itu, acara merekodkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung manakala nilai jualan keseluruhan diperoleh lebih RM5 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619