AGENDA

Pesta buku negeri terima sambutan luar biasa, dua hari dikunjungi lebih 80,000

3 Dis 2023, 8:00 AM
Pesta buku negeri terima sambutan luar biasa, dua hari dikunjungi lebih 80,000
Pesta buku negeri terima sambutan luar biasa, dua hari dikunjungi lebih 80,000
Pesta buku negeri terima sambutan luar biasa, dua hari dikunjungi lebih 80,000
Pesta buku negeri terima sambutan luar biasa, dua hari dikunjungi lebih 80,000

SHAH ALAM, 3 DIS: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 80,000 pengunjung sejak dibuka kelmarin.

Pengarah SIBF Zafrullah Aris berkata meski hujan pada sebelah pagi di kedua-dua hari, namun program di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini berlangsung meriah.

[caption id="attachment_616808" align="aligncenter" width="782"] Pengarah Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 Zafrullah Aris ketika Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 3 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Dari hari pertama hingga kini, nampak peningkatan ketara pengunjung berbanding tahun lepas. Walaupun keadaan cuaca di luar kurang mengizinkan, tetapi pengunjung tidak putus-putus hadir dan ini antara sedikit kejutan buat penganjur.

“Kita menjangkakan lebih ramai lagi hadir memenuhi pesta buku kali ini selain optimis kehadiran pengunjung boleh mencecah 300,000 sehingga ke penghujung acara jika momentum ini bertahan,” katanya ditemui hari ini.

Zafrullah memaklumkan aktiviti dirancang dalam program terbabit setakat ini berjalan lancar mengikut jadual selain tiada pempamer yang menutup operasi berikutan faktor cuaca.

“Begitu juga acara cabutan bertuah untuk sembilan pemenang setiap hari yang menjadi tarikan SIBF. Justeru saya menyeru orang ramai untuk buat pembelian minimum RM30 dan berpeluang menang hadiah wang tunai RM500,” katanya.

[caption id="attachment_616806" align="aligncenter" width="809"] Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan buku lelongan dengan harga murah sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 3 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Berlangsung dari 1 hingga 10 Disember, SIBF 2023 susulan kesinambungan Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Edisi kedua pesta bertaraf antarabangsa menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, jualan buku dan diskaun menarik menanti pengunjung.

[caption id="attachment_616805" align="aligncenter" width="763"] Orang ramai mengambil kesempatan memilih buku sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 3 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619