AGENSI

Hijrah Selangor sedia bantuan modal niaga menerusi skim i-Bisnes hingga RM50,000

3 Dis 2023, 5:15 AM
Hijrah Selangor sedia bantuan modal niaga menerusi skim i-Bisnes hingga RM50,000
Hijrah Selangor sedia bantuan modal niaga menerusi skim i-Bisnes hingga RM50,000
Hijrah Selangor sedia bantuan modal niaga menerusi skim i-Bisnes hingga RM50,000

SHAH ALAM, 3 DIS: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan yang berhasrat melebarkan perniagaan.

Pembiayaan menerusi skim i-Bisnes itu membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana mendapatkan modal pusingan perniagaan dengan kelayakan dan dokumen permohonan yang mudah, cepat serta tidak membebankan.

“Pembiayaan skim i-Bisnes ini terbuka kepada semua sektor perniagaan. Layari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut,” kata Hijrah Selangor menerusi Facebook.

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/

Berikut antara syarat kelayakan  pembiayaan skim i-Bisnes :

  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk atau pemastautin Selangor
  • Mengundi di Selangor
  • Berumur 18 hingga 65 tahun
  • Perniagaan sudah beroperasi
  • Mempunyai lesen atau permit niaga sah

Sejak awal penubuhannya pada 2015,  Hijrah Selangor menawarkan pelbagai skim pembiayaan seperti Skim i-Bisnes, Skim Zero to Hero; Skim Go Digital dan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NADI).

Selain itu Hijrah turut menyediakan Skim i-Lestari, Skim i-Agro dan Skim i-Bermusim bagi membantu dari segi modal serta mengembangkan perniagaan usahawan.

[caption id="attachment_493331" align="aligncenter" width="692"] Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) merasmikan i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim ketika Majlis Pelancaran Skim Baharu Hijrah Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 27 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM130 juta bagi membolehkan Hijrah menambah baik skim serta membantu pembangunan usahawan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619