ad
ADN

150 pengunjung terawal Jualan Agro Madani DUN Kajang dapat baucar RM20

2 Dis 2023, 8:30 AM
150 pengunjung terawal Jualan Agro Madani DUN Kajang dapat baucar RM20

SHAH ALAM, 2 DIS: Seramai 150 pengunjung terawal Jualan Agro Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berpeluang menerima baucar bernilai RM20.

Ahli Dewan Negeri Kajang David Cheong berkata jualan yang dijadual berlangsung esok di Pusat Komuniti Sungai Kantan mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari dijangka memanfaatkan 500 penduduk.

“Pelbagai komoditi segar seperti ayam segar, telur, buah-buahan, ikan dan sayur-sayuran berkualiti dijual pada harga berpatutan.

“Esok ayam segar boleh didapati pada harga RM9.50 sekilogram, pelbagai jenis makanan laut seperti udang, sotong dan pelbagai jenis ikan berharga antara RM16 hingga RM38 sekilogram,” katanya di Facebook.

Beliau berkata jualan berkenaan diadakan dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Ini usaha pihak DUN ini dengan kerjasama beberapa badan lain bagi membantu masyarakat,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.