AGENDA

Dirasmi sultan, pesta buku Selangor buka tirai hari ini

1 Dis 2023, 10:33 AM
Dirasmi sultan, pesta buku Selangor buka tirai hari ini
Dirasmi sultan, pesta buku Selangor buka tirai hari ini
Dirasmi sultan, pesta buku Selangor buka tirai hari ini
Dirasmi sultan, pesta buku Selangor buka tirai hari ini
Dirasmi sultan, pesta buku Selangor buka tirai hari ini

SHAH ALAM, 1 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini hari.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad.

Pada majlis itu, Baginda turut menyampaikan plak penghargaan kepada lapan wakil program Selangor International Fellowship daripada Malaysia, Australia, Turkiye, Filipina, Azerbaijan, Indonesia, Korea Selatan dan Nepal.

Sultan Selangor kemudian menyampaikan Anugerah Ilustrasi Yusof Gajah kepada penerima Lim Lay Koon bagi kategori 18 tahun dan Nur Fatiha Alina Helmy (kategori 13-17 tahun) sebelum melawat rerurai pesta buku.

[caption id="attachment_616495" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023.Turut sama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

SIBF 2023 berlangsung mulai hari ini hingga 10 Disember di Pusat Konvensyen MBSA, dari 9 pagi hingga 9 malam.

Dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, jualan buku dan diskaun menarik menanti pengunjung.

SIBF julung kali dianjurkan tahun lalu adalah kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

[caption id="attachment_616491" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat reruai ketika Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023.Turut sama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_616492" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat reruai ketika Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023.Turut sama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_616494" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat reruai ketika Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023.Turut sama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619