AGENDA

Pelajar universiti rugi RM38,000, diugut penyamar polis terlibat jenayah

1 Dis 2023, 9:43 AM
Pelajar universiti rugi RM38,000, diugut penyamar polis terlibat jenayah

KANGAR, 1 DIS: Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram dan sindiket dadah melalui panggilan telefon, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kangar menerima laporan polis daripada lelaki berusia 20 tahun itu semalam.

“Mangsa diperdaya apabila menerima panggilan telefon mendakwa mangsa terlibat dalam siasatan kes jenayah. Mangsa juga dinyatakan akan ditangkap oleh pihak polis sekiranya gagal beri kerjasama bagi tujuan siasatan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata mangsa kemudian memasukkan wang berjumlah RM38,000 itu ke dalam dua akaun bank berbeza selepas menerima arahan diberikan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis atas alasan untuk semakan duit dalam akaun bank milik mangsa.

Beliau berkata setelah mangsa memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek itu, baru mangsa menyedari yang dia telah ditipu dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai boleh membuat rujukan dan semakan berkaitan jenayah komersial menggunakan perkhidmatan yang disediakan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman melalui National Scam Response Center (NSRC) di talian 997.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619