EXCO

Pelajar tahfiz antara 500 hadiri solat hajat untuk Gaza di Seri Setia

30 Nov 2023, 3:11 PM
Pelajar tahfiz antara 500 hadiri solat hajat untuk Gaza di Seri Setia
Pelajar tahfiz antara 500 hadiri solat hajat untuk Gaza di Seri Setia
Pelajar tahfiz antara 500 hadiri solat hajat untuk Gaza di Seri Setia

PETALING JAYA, 30 NOV: Seramai 500 penduduk termasuk 20 pelajar Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang menghadiri solat hajat anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia malam ini.

Wakil rakyatnya Dr Fahmi Ngah berkata program yang pertama kali di Masjid Ara Damansara di sini sebagai tanda keprihatinan terhadap konflik di Gaza selain mendoakan kesejahteraan umat Islam di sana.

“Selain itu pengisian program juga diadakan Qunut Nazilah dan bacaan Yasin untuk kita mendoakan keselamatan rakyat Palestin.

“Turut didoakan agar gencatan senjata yang berlaku sekarang ini di antara kedua-dua pihak berterusan dan kesengsaraan penduduk Gaza dihentikan,” katanya ketika ditemui.

Program turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet. Bacaan Yassin dan solat hajat dipimpin Penolong Pengurus Masjid Ara Damansara Kamarul Ikram Misnan.

[caption id="attachment_616382" align="alignnone" width="836"] Bacaan yassin untuk Palestin selepas solat Maghrib di Masjid Ara Damansara, Petaling Jaya pada 30 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Fahmi menambah pihaknya berhasrat memperluas program ini ke seluruh DUN termasuk di kawasan wakil rakyat pembangkang.

“Insya-Allah saya selaku EXCO agama akan teruskan anjur program ini di seluruh masjid negeri Selangor dengan sokongan dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Kita mahu mengalakkan orang muda yang beragama Islam untuk turut serta dan akan jalani kempen melalui sosial media,” katanya.

[caption id="attachment_616384" align="alignnone" width="790"] Pelajar Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang turut serta dalam program bacaan Yasin untuk Palestin di Masjid Ara Damansara, Petaling Jaya pada 30 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619