AGENSI

PKNS, Lions Convention tanam pokok pelbagai spesies di Taman Warisan Setia Alam

30 Nov 2023, 10:02 AM
PKNS, Lions Convention tanam pokok pelbagai spesies di Taman Warisan Setia Alam
PKNS, Lions Convention tanam pokok pelbagai spesies di Taman Warisan Setia Alam

SHAH ALAM, 30 NOV: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Lions Convention menanam lebih 50 batang pokok pelbagai spesies di Taman Warisan, Setia Alam.

Agensi tersebut memaklumkan program penghijauan itu dengan pertubuhan bukan kerajaan itu bertujuan mengukuhkan kesedaran dan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.

"PKNS dan Lions Convention bersama melaksanakan program ini sebagai langkah positif dalam menjaga keindahan alam semulajadi sekali gus mencipta ruang hijau yang bermakna untuk masyarakat setempat.

"Program ini juga bertujuan menyokong agenda nasional melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok menjelang 2025 dan Kempen Penanaman 26 juta pokok di Selangor," katanya menerusi kenyataan semalam.

Menerusi kenyataan sama, antara pokok yang ditanam di taman seluas 13.92 ekar itu adalah Tabebuia pentaphylla (Tecoma), Lagerstroemia langkawinensis (Bungor) dan Eucalyptus degupta (Eucalyptus).

Upacara penanaman pokok itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Hartanah) PKNS Ir Md Kamarzan Md Rais diiringi Pengerusi Jawatankuasa Lions Convention Michel Yee.

Pembangunan Taman Warisan bagi fasa pertama seluas 8.46 ekar dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk taman papan luncur, padang bola, gelanggang serbaguna, plaza dan tiga jenis taman permainan.

Manakala, bagi fasa kedua pembinaan Taman Warisan dijangka bermula Disember ini meliputi keluasan 5.46 ekar, dengan kemudahan seperti trek laluan joging, taman permainan bersepadu dan tempat berteduh.

[caption id="attachment_616312" align="aligncenter" width="698"] Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Lions Convention menanam lebih 50 batang pokok pelbagai spesis di Taman Warisan, Setia Alam pada 29 November 2023. Foto PKNS[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619