AGENDA

Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan semakin pulih setakat 8 malam

29 Nov 2023, 2:00 PM
Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan semakin pulih setakat 8 malam

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa terus menurun setakat 8 malam ini.

Di TERENGGANU, hanya 22 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di daerah Kuala Terengganu.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, satu PPS iaitu SK Rhu Sepuluh di daerah Setiu telah ditutup hari ini selepas kesemua sembilan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tengah hari tadi.

Di KELANTAN pula, mangsa banjir berkurang kepada 317 orang daripada 101 keluarga malam ini berbanding 438 orang daripada 137 keluarga seperti direkodkan pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, di Pasir Mas, 231 orang daripada 79 keluarga berada di PPS SK Tok Deh.

Di Bachok, seramai 58 mangsa daripada 14 keluarga berlindung di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor manakala PPS SK Jelawat menempatkan 28 orang daripada lapan keluarga.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619