AGENDA

Prestasi cemerlang Petronas dicapai melalui pengurusan, tatakelola cekap

29 Nov 2023, 1:40 PM
Prestasi cemerlang Petronas dicapai melalui pengurusan, tatakelola cekap
Prestasi cemerlang Petronas dicapai melalui pengurusan, tatakelola cekap

KERTEH, 29 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kerana mampu mempertahan integriti yang sangat tinggi sejak dahulu hingga kini.

Beliau berkata prestasi terkini Petronas sehingga mampu memberi pulangan ratusan bilion ringgit kepada negara tidak mungkin dapat dicapai sekiranya syarikat itu tidak mengamalkan pengurusan dan tatakelola yang baik serta cemerlang.

“Dalam keadaan negara terumbang-ambing, kucar-kacir dengan prestasi pengurusan dan tatakelola yang lemah serta sistem tergugat dengan amalam rasuah, pelbagai skandal yang kadang-kadang menjejaskan imej negara... saya bangga Petronas dapat mempertahan integriti yang sangat tinggi.

"Pengajaran yang kita peroleh daripada pengalaman Petronas ialah negara kita ini mampu diangkat sebagai negara hebat dengan syarat adanya pemimpin politik, pengurusan seperti Petronas, penjawat awam dan dasar yang jelas serta pengurusan yang cekap,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Warga Petronas di Kompleks Petronas Pantai Timur di sini hari ini. Majlis itu dihadiri Naib Presiden Eksekutif Petronas (Hiliran) Datuk Sazali Hamzah dan kira-kira 600 kakitangan Petronas Pantai Timur.

[caption id="attachment_616148" align="aligncenter" width="703"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir sesi ramah mesra bersama warga Petronas di Kompleks Petronas Pantai Timur, Kerteh pada 29 November 2023. Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Perdana Menteri berkata prestasi cemerlang Petronas juga telah menarik minat pelabur dari pelbagaj negara termasuk China, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu yang ingin melabur serta bekerjasama dengan syarikat minyak dan gas itu.

Malah katanya beliau difahamkan syarikat minyak gergasi Saudi Aramco dijangka mengadakan mesyuarat lembaganya di Malaysia pada tahun depan.

Anwar berkata kerana keyakinan yang tinggi terhadap Petronas juga, Saudi Aramco berminat menjadikan Malaysia sebagai hab perkembangan minyak dan gas Arab Saudi di Asia Tenggara.

"Saya telah berjumpa dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman… beliau beritahu saya bahawa beliau mahu menjadikan pelaburan Aramco di Pengerang bersama Petronas dan Malaysia sebagai hab penting bagi pelaburan Arab Saudi di Malaysia dan untuk rantau ini," katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619