BERITA UTAMA

Pelan lima tahun negeri tekankan kepentingan, kebajikan warga emas

27 Nov 2023, 10:00 AM
Pelan lima tahun negeri tekankan kepentingan, kebajikan warga emas

SHAH ALAM, 27 NOV: Isu kepentingan warga emas terutama aspek kebajikan dan ekonomi penjagaan terangkum dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dibentang Julai tahun lalu.

EXCO kebajikan masyarakat berkata pelan itu termasuk menubuhkan jawatankuasa pembangunan warga emas peringkat daerah dan negeri, perkhidmatan kaunselor dan khidmat bantuan di rumah.

Anfaal Saari menjelaskan rancangan jangka pendek dan panjang itu bagi menjamin kesejahteraan golongan berkenaan, yang juga paling ramai di Selangor berbanding negeri lain.

“Menjelang tahun depan, kita akan tumpu usaha meningkatkan latihan dan bimbingan serta sektor ekonomi penjagaan,” katanya merasmikan Konvenshen Warga Emas di sini hari ini.

RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion dengan pelaksanaan 262 projek, kata Dato’ Menteri Besar.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619