AGENDA

1,147 kandungan buli siber diturunkan dari media sosial sejak 1 Januari

27 Nov 2023, 5:54 AM
1,147 kandungan buli siber diturunkan dari media sosial sejak 1 Januari

SHAH ALAM, 27 NOV: Sebanyak 1,147 kandungan berkaitan buli siber dan gangguan diturunkan daripada pelbagai platform media sosial antara 1 Januari hingga 15 November.

Timbalan menteri komunikasi dan digital berkata jumlah itu membabitkan 804 kandungan di TikTok, Facebook (195), masing-masing sembilan di Instagram dan YouTube serta platform lain (123).

Menurut Teo Nie Ching, pihaknya juga bercadang untuk mewujudkan akta khas bagi menangani masalah tersebut yang tidak boleh dipandang ringan terutama dalam kalangan belia.

“Saya secara terbuka menerima pandangan untuk mewujudkan akta khusus bagi (menangani) buli siber. Saya (sedia) bawa cadangan ini dan berbincang dengan pemegang taruh yang lain.

"Kita akan lihat mana satu kementerian (bersesuaian) untuk akta berkenaan,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kementeriannya turut melaksanakan pelbagai usaha bagi memberi kesedaran berkaitan penggunaan media sosial risiko penyalahgunaan internet.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619