PBT

1,500 orang sertai gotong-royong siap siaga banjir di Taman Sri Muda

27 Nov 2023, 2:34 AM
1,500 orang sertai gotong-royong siap siaga banjir di Taman Sri Muda
1,500 orang sertai gotong-royong siap siaga banjir di Taman Sri Muda

SHAH ALAM, 27 NOV: Seramai 1,500 orang menyertai program gotong-royong perdana siap siaga banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini 25 November lalu.

Program berkenaan diadakan serentak di empat zon di kawasan sekitar Seksyen 25 membabitkan Zon A (Jalan 25/1 - Jalan 25/35), Zon B (Jalan 25/36 - 25/67, Jalan 25/116 - 25/118), Zon C (Jalan 25/68 - Jalan 25/97) dan Zon D (Jalan 25/95 - Jalan 25/150).

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan berkata program inisiatif pihak berkuasa tempatan itu sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir susulan peralihan Monsun Timur Laut (MTL).

[caption id="attachment_615611" align="aligncenter" width="763"] Peserta membersihkan kawasan sekitar Taman Sri Muda dalam program gotong-royong perdana siap siaga banjir di Taman Sri Muda Seksyen 25, Shah Alam pada 25 November 2023. Foto Ihsan Majlis Bandaraya Shah Alam[/caption]

"Taman Sri Muda, Seksyen 25 dipilih berikutan bencana banjir pada 2021 dan ia lokaliti banjir yang terkesan akibat bencana tersebut.

"MBSA menyasarkan penglibatan komuniti setempat dan menerapkan rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat bagi memastikan tahap kebersihan di kawasan kediaman, perniagaan serta tempat awam selamat dan selesa didiami," katanya.

Program itu disertai sukarelawan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), persatuan Tzu Chi Foundation, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Management and Science University (MSU) dan Kolej VIS Mechatronic.

Selain itu turut serta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia serta Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

Program sehari itu turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning Preakas Sampunathan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619