AGENSI

FAS taja penanaman 2,000 pokok di Hutan Simpan Ulu Gombak

25 Nov 2023, 5:39 AM
FAS taja penanaman 2,000 pokok di Hutan Simpan Ulu Gombak
FAS taja penanaman 2,000 pokok di Hutan Simpan Ulu Gombak
FAS taja penanaman 2,000 pokok di Hutan Simpan Ulu Gombak
FAS taja penanaman 2,000 pokok di Hutan Simpan Ulu Gombak

AMPANG JAYA, 25 NOV: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menyumbang RM20,000 bagi inisiatif penanaman 2,000 pokok di Hutan Simpan Ulu Gombak, Kemensah di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) Azhar Ahmad berkata kolaborasi pihaknya bersama FAS adalah sebahagian usaha memenuhi inisiatif Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran tanaman 11 juta pokok menjelang 2026.

“Kos bagi setiap anak pokok RM10 ditaja sepenuhnya FAS. Ia terdiri daripada tiga jenis iaitu merbau, meranti tembaga dan merawan menanti.

“Selain itu, kerjasama ini untuk menyokong program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok menjelang 2025 dilancarkan kerajaan persekutuan,” katanya.

[caption id="attachment_615287" align="aligncenter" width="723"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke program penanaman semula 2,000 anak pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya pada 25 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui selepas Program Penanaman Pokok FAS dengan kerjasama JPNS di Hulu Simpan Ulu Gombak, Kemensah di sini, hari ini.

Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat menyempurnakan program berkenaan.

Dalam program sama, Tengku Amir Shah yang juga Presiden FAS turut berkenan menanam pokok jenis Intsia Palembanica Merbau.

[caption id="attachment_615285" align="aligncenter" width="814"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke program penanaman semula 2,000 anak pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya pada 25 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Azhar menambah program itu turut disertai 27 penuntut Universiti Limkokwing dan lima penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mendidik mereka mengenai kepentingan alam sekitar.

“Ia memenuhi hasrat FAS bagi meraikan bersama pelajar dalam program ini untuk memberi kesedaran dan peluang kepada mereka mengetahui dengan lebih dekat mengenai proses pemuliharaan hutan,” katanya.

[caption id="attachment_615289" align="aligncenter" width="740"] Peserta menanam anak pokok ketika program penanaman 2,000 anak pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya pada 25 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619