AGENDA

Zii Jia tewas di suku akhir Masters China

24 Nov 2023, 9:02 AM
Zii Jia tewas di suku akhir Masters China

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kempunan untuk mengakhiri musim ini dengan kejuaraan selepas terkandas di suku akhir Masters China 2023 di Shenzen hari ini.

Pada aksi berlangsung di arena Gimnasium Teluk Shenzen, pemain di ranking ke-11 dunia itu tumpas mudah 11-21, 12-21 kepada pemain Jepun Kenta Nishimoto dalam aksi 40 minit.

Meskipun tersingkir, Zii Jia berkata beliau berpuas hati dengan teknik pertahanan yang dilakukan selain mengakui perlu menambah baik bahagian serangannya.

"Serangan saya kurang menyengat pada perlawanan hari ini, tapi prestasi saya semakin baik.

“Ini adalah perlawanan terakhir dan saya rasa banyak perkara perlu dilakukan untuk memperbaiki persembahan saya. Saya harap akan lebih konsisten tahun depan,” katanya menerusi rakaman audi dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Untuk rekod musim ini, pemain kelahiran Kedah itu berjaya merangkul satu kejuaraan iaitu Terbuka Artik di Vantaa, Finland selain muncul naib juara Terbuka Denmark, Oktober lepas.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619