AGENDA

Empat beradik termasuk bayi 10 bulan ditinggal di pondok pengawal

24 Nov 2023, 6:16 AM
Empat beradik termasuk bayi 10 bulan ditinggal di pondok pengawal

IPOH, 24 NOV: Empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata maklumat berhubung kejadian itu diterima melalui Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah sekitar 5.39 petang.

“Kejadian sekitar 10.50 pagi itu membabitkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hafezul Helmi berkata berdasarkan keterangan, adik-beradik malang itu dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota.

"Hasil pertanyaan ke atas seorang kanak-kanak berusia 11 tahun itu, mereka telah dihalau dari sebuah rumah dekat Bota sebelum dihantar ke kompleks berkenaan menaiki kereta bersama wanita tidak dikenali.

"Turut ditinggalkan bersama mereka satu bungkusan plastik yang hanya berisi susu dan lampin pakai buang," katanya.

Hafezul Helmi berkata keempat-empat adik beradik itu telah dihantar ke Rumah Perlindungan Gopeng bagi tujuan keselamatan dan siasatan.

Katanya pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan ibu bapa dan waris kanak-kanak tersebut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619